Wednesday, December 7, 2011

Proses Pengambilan Lesen

A) Pendaftaran
     - Dokumen diperlukan : - 
        i) Salinan Mykad Calon / Pasport
       ii) 2 keping gambar berukuran pasport untuk Lesen 'L'
      iii) Salinan CDL / PDL* bagi calon yang ingin tambah Lesen
     - Mengisi maklumat peribadi yang lengkap, mengenalpasti kursus yang ingin diambil dan kod agen yang betul
*CDL - Competent Driver's License
  PDL - Probationary Driver's License


       iv) Bayaran deposit sebanyak RM60.00 akan dikenakan semasa mendaftar.
      
B) Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)
     - Kelas dijalankan selama 5 jam oleh tutor berdasarkan piawai JPJ
     - Juga dikenali sebagai Sijil JPJL2A
     - Tempoh sah untuk kursus KPP ialah 1 tahun
     - Sebelum kelas bermula, pengimbasan cap jari di kaunter pendaftaran (untuk rekod kehadiran) & Ujian Buta Huruf
     - Selepas kelas berakhir, pengimbasan cap jari di kaunter (menandakan kehadiran penuh calon) & tutor menandatangani Sijil KPP dan Sijil Buta Warna calon untuk rekod JPJ
     B1) Bahagian I - Ujian Undang-Undang Berkomputer
     - Bagi calon yang telah menghadiri Kursus KPP, peringkat seterusnya adalah ujian undang-undang berkomputer
     - Slip keputusan ujian akan diberikan kepada calon bagi tujuan pendaftaran bengkel
     - Sekiranya gagal, calon dikehendaki menduduki semula ujian tersebut
     - Tempoh sah ujian Bahagian I (Ujian Undang-Undang Berkomputer) ialah 2 tahun.


C) Bengkel (JPJL2B)
     - Calon akan melalui kursus bengkel selama 6jam selepas lulus Bahagian I (Ujian Undang-Undang Berkomputer)
     - Bengkel dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu : -
        a) 1jam 30minit teori di dalam bilik kuliah
        b) 1jam 30minit amali di luar bilik kuliah
        c) 3jam di litar
     - Setelah selesai Sijil Kehadiran Bengkel akan diserahkan kepada calon dalam masa 3-4 hari bekerja
     - Senarai nama calon akan diserahkan kepada JPJ untuk pempprosesan lesen 'L'
*JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia


D) Lesen 'L'*
     - Selepas Lesen 'L' dikeluarkan, calon dibenarkan berlatih memandu kereta didalam dan luar litar dengan pemerhatian tutor.
     - Tempoh sah Lesen 'L' 3 bulan dan boleh diperbaharui dengan kos tambahan oleh calon sendiri.
*L - Learner a.k.a LDL (Learner Driving License)


E) Latihan Amali Memandu 8jam
     - Tutor akan merekodkan masa belajar didalam 'Jadual Waktu Belajar Memandu'
     - Sebelum memulakan latihan, Borang Sm4 Rekod Pengajaran Memandu hendaklah diisi oleh calon
     - Borang Sm4 Rekod Pengajaran Memandu hendaklah ditandatangani oleh calon selepas berlatih.


F) Penilaian Memandu (Q.T.I / Pra-Ujian)
     - Prestasi calon yang mengambil bahagian anak dinilai selama 2jam oleh pengajar kerkelayakan 'Q.T.I'
     - Borang Penilaian Ujian Memandu akan diisi oleh pengajat 'Q.T.I semasa sesi penilaian.
     - Bagi calon yang lulus, nama mereka akan diserahkan untuk ujian JPJ.


G) Ujian JPJ
     - Pada hari ujian JPJ, calon akan dimaklumkan dengan laluan jalan yang telah ditetapkan oleh JPJ.
     - Calon yang lulus akan diberi Lesen 'P' dalam masa 2  minggu selepas ujian.
     - Calon yang gaagal perlu menduduki semula ujian JPJ dengan membayar kos yang berkaitan sahaja.
*P - Probationary


H) Lesen 'P'
     - Tempoh sah Lesen 'P' adalah 2 tahun
     - Selepas mendapat Lesen 'P', pemegang lesen diwajibkan :-
       a) sentiasa membawa Lesen 'P' ketika memandu
       b) mempamerkan stiker 'P' (Ukuran JPJ) dihadapan dan belakang kenderaan.
       c) sentisa memastikan kadar alkohol dalam darah, pernafasan dan air kencing =0.00

No comments:

Post a Comment