Wednesday, December 7, 2011

Pengenalan Kepada Jenis-Jenis Lesen

1) Learning Driving License (LDL) / Lesen Belajar Memandu
    - Membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta atau motosikal yang mempamerkan stiker 'L'
    - Bagi pemegang lesen 'L' motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng.
    - Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun.
    - Selepas tempoh 2 tahun tamat, pemegang lesen 'L' perlu mengulangi prosedur pelajaran memandu semula


2) Probationary Driver's License (PDL) / Lesen Memandu Percubaan
    - Pemandu percubaan diwajibkan melekatkan stiker 'P' pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan
    - Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten (CDL) selepas 2 tahun.


3) Competent Driver's License (CDL) / Lesen Memandu Kompeten
    - Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1,2,3 dan 5 tahun
    - Stiker 'P' tidak lagi wajib dilekatkan pada kenderaan.


4) Public Service Vehicle (PSV) / Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam
    - Pemohon memiliki lesen CDL
    - Memegang lesen memandu Kelas D bagi tempoh setahun sebelum dibenarkan memohon.
    - Contoh kenderaan : Bas, teksi, kereta sewa


5) Goods Driver's License (GDL) / Lesen Kenderaan Barangan


    - Pemohon memiliki lesen CDL
    - Memegang lesen memandu Kelas D bagi tempoh setahun sebelum dibenarkan memohon.
    - Contoh kenderaan : Lori


6) International Driving Permit (IDP) / Permit Memandu Antarabangsa
    - Pemegang permit memiliki lesen CDL
    - Membolehkan pemandu Malaysia memandu di mana jua di dunia

No comments:

Post a Comment